Selasa, 3 Mei 2011

Kajian: Hang Tuah itu berdarah Bajau dan Bugis.....? 
Dari Penulis 
Percaya atau tidak terpulang saja kepada sesiapa yang menilainya ‘Hang Tuah itu berdarah Bajau dan Bugis, tapi ini adalah fakta sejarah yang tidak dapat disangkal lagi. Dalam kajian beberapa buku yang saya temui dalam hinggakan saya ke Akrib Negara, Muzim Negara,  dan Perpustakaan-perpustakaan seluruh negeri di Malaysia serta mencari buku yang berkitan dengan ‘Sejarah Melayu kuno, Sejarah Sulawesi dan Sejarah Melaka serta Sejarah Bintan, Sejarah Johor’ banyak mengatakan sejarah orang Melayu, Hang Tuah adalah anak kepada Hang Mahmud dan Dang Merduwati dari komuniti Orang Laut(Bajau) Bintan, Ayah Hang Tuah adalah batin kepada Orang Laut Bintan, dan seorang panglima perang Sultan Iskandar Shah, sultan Melaka yang pertama (baginda yang bergelar Parameswara atau Permaisura sebelum beragama Islam). Hang Mahmud terlibat dalam pembukaan negeri Melaka oleh Sultan Iskandar, yang sebelum itu bersemayam di Kelang, Palembang, Singapura dan Muar, sebagai maharaja empayar Sri Vijaya atau Selangor Tua.
Empayar Sri Vijaya adalah negara yang merentasi Selat Melayu atau sekarang dipanggil Selat Melaka. Ia didirikan oleh Orang Laut Kelang seawal abad ke-2, dan berpusat di beberapa ibu negara, seperti Kelang, Kuala Selangor, Siak Sri Indrapura, Jambi, dan Palembang. Negara ini juga dipanggil Selang Ur (Selangor) iaitu negeri Orang Selang (atau Orang Selat). Orang Selat adalah orang yang memanggil dirinya sebagai Orang Melayu sempena bukit tempat istana raja mereka didirikan.
Disamping itu juga Hang Mahmud, selain berdarah Orang Laut Bintan, juga berdarah Orang Laut Sulawesi, iaitu Orang Bugis. Keluarga diraja Bugis selalu berdagang dengan keluarga diraja Melayu Sri Vijaya, dan putera raja Bugis berkahwin ke dalam keluarga batin Orang Laut Bintan, yang memimpin angkatan laut Sri Vijaya dan Melaka. Jadi, Hang Tuah melalui bapanya berdarah raja Bugis. Jadi siapa itu orang laut kalau bukan asli suku Bajau yang anda kenali pada hari ini.

Rujukan
- Sejarah Melayu Kuno
- Sejarah Johor
- Sejarah Orang Laut(Bajau)
- Sejarah Melaka
- Sejarah Singapura
- Sejarah Sulawesi
- Sejarah Bintan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan