Ahad, 1 Mei 2011

Regatta Lepa-lepa dalam photography- Daerah Semporna
 Dari Penulis
Inilah kenangan yang paling indah dalam pesta-pesta laut, yang indah dipesisiran laut dan pantai yang digambarkan sebagai perayaan yang mengingatkan tentang corak hidup satu bangsa yang pernah melangkah dunia lautan yang dianggap pelayar yang hebat dan unggul di nusantara. Lepa atau perahu yang dianggap unik dan dianggap penting dalam dunia perlayaran menyerangi samudera lautan biru yang mana lepa banyak berperanan sebagai perhubungan dagang, penyebaran Islam dan alat perhubungan antara kampong ke kampong serta dari negara ke Negara lain.

 Lepa ialah sejenis perahu tradisional yang diperbuat daripada kayu. Semasa Regatta Lepa yang diadakan pada setiap tahun ini, penduduk Semporna memperingati kegunaan perahu layar ini. Lepa yang berwarna-warni dan cantik tersusun di pesisir pantai. Para penari yang ayu dan manis, pemain muzik serta anggota keluarga mereka akan berada di dalam lepa. Regatta ini merupakan peluang untuk mereka menunjukkan perahu mereka dengan penuh kebanggaan. Kemuncak acara ialah pertandingan memilih lepa tercantik. Lepa memainkan peranan penting dalam kehidupan Bajau Laut yang tradisinya berkelana di lautan. Mereka jarang menjejakkan kaki ke daratan. Lepa biasanya diperbuat daripada kayu ubar suluk (seraya merah), dihiasi dengan ukiran-ukiran menarik.

Layar berwarna cerah, dikenali sebagai sambulayang dan tapis (bendera segi tiga yang kecil), tambah mengindahkan perahu ini. Jangan lepaskan peluang untuk menonton pelbagai sukan dan permainan tempatan yang menarik. Dalam Lumba Dayung kita akan menyaksikan peserta berkayuh pantas menuju ke garisan penamat. Anda tidak akan melihat tarik taliyang biasa di sini. Lawan menarik tali dariperahu yang terapung! Penari-penari tradisional mempersembahkan Daling Daling (tarian menggoda yang rancak yangmendapat namanya daripada perkataanInggeris, ‘Darling’) yang membuatkan kakianda bergoyang mengikut irama. Banyak yang boleh dilihat dan dilakukan apabila berada di Semporna. Saksikan pemandangan indah seperti Pusat Pelancongan Laut Semporna yang terapung, terletak di Dragon Inn yang terkenal. Gemar makanan laut? Anda datang ke tempat yang betul. Di sini, kedai makanan laut tempatan menawarkan hidangan yang pelbagai. Semporna juga merupakan pintu gerbang ke pulau-pulau pantai timur Sabah - Sipadan, Mataking, Mabul dan Kapalai; sesuai untuk penyelam dan pencinta laut. Bersedialah untuk melihat dunia baharu bawah air di pulau-pulau indah ini! Hanya 45 minit melalui jalan raya dari Lapangan Terbang Tawau, Semporna ialah tempat untuk dituju April ini. Jumpa anda di Regatta Lepa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan