Isnin, 22 Ogos 2011

Pengembaraan Dan Pengalaman 
Di Rantau Orang
 Dari penulis
Manusia itu tak pernah diam dalam hidupnya, itulah manusia yang suka hidup sosial dengan kaedah-kaedah yang tersendiri pendek kata tak semua manusia sama tabiat dan akhlak satu sama yang lain. walaupun kejadian dan penciptaan yang sama dan sama keturunan. dalam kehidupan manusia sebenarnya unik dengan kerenah yang dipanggil budaya. Dalam kehidup manusia itu tersimpan satu konsep hiburan dan seni yang dibudayakan dengan ilmu. Lihat sahaja kerenah masyarakat sekeliling kita banyak menyimpan satu ikatan yang berbeza-beza melalui perasaan yang diselami dengan kemahuan, kehendak, keinginan dan pembentukkan. Bila saya melangkah ke hadapan untuk mencari bukti kejadian yang belum berlaku, saya suka memikirkan kerenah manusia dengan hidupannya dan kerjayanya - antaranya dapat membentuk suasana hiburan mengikut selera diri samaada ia kenangan manis dan kenangan pahit bergantung kepada seseorang menilai corak pengembaraan dan pengalaman hidupnya. Dengan ini, manusia itu mempunyai sejarah masing-masing - antara terkenal dengan dirinya yang banyak menerokai nilai hidup dan sebaliknya.

Untuk mencorak nilai hidup bukanlah mudah tanpa kesusahan - antara kegelisahan, kerisauan, ketakutan, keasingan, dipinggirkan dan dilupakan oleh masyarakat sekelilingnya. Biasanya manusia yang kuat azamnya adalah manusia yang suka mencipta dirinya dalam pencarian ilmu dan manusia yang suka mengembara. Saya melihat kebanyakan manusia yang ada dipersekitaranku. khasnya Daerah Semporna iaitu anak-anak muda suka mengembara namun mereka tidak mencatat pengembaraan itu malah anggap pengalaman dirantau orang adalah melepaskan diri tekanan hidup, jika saya fikirkan anak-anak mudah Daerah Semporna berjiwa besar ingin menjadi terhebat dalam pegangan hidup mereka. Teramat sayang kedudukan itu hanya berlalu ditepi jalan tanpa tujuan yang secara rasmi dan tidak rasmi maknannya disini - anak-anak muda Daerah Semporna masih memerlukan dorongan untuk menghargai diri dalam pengalaman hidup mereka di rantau orang mesti ada bukti boleh dibelajari dari mereka dalam catatan mereka dijadikan sebagai pedoman hidup dan ada sebahagian kecilnya hanya mampu membentuk diri dalam kelompok diri tanpa sebarang disedari. 

Inilah terbukti bila saya sendiri melakukan jalan yang sebenarnya untuk mencari nilai diri. Dalam keadaan seorang perantau sering mencatat hidup kadang-kadang teringat dan terlupa mencatat namun saya mampu mengungkap semua apa yang berlaku dalam arus perjalanan hidupku. Setelah saya, meninggalkan Semporna bertahun-tahun lamanya terasa asing bila saya berada ditanah orang - sentiasa mencatat dan seorang photo sering merakam halaman baru dan halaman lama, 'Amat seronok' melihat aktiviti manusia dan alam. 

Ciptaan Allah yang dianggap penghurai segala kehidupan dalam pelbagai segi dalam prinsip hidup untuk membentuk manusia. Disinilah saya melihat bagaimana membentuk diri dalam pembentuk yang bermula dengan kedalam diri dulu. Tak semua manusia berjaya mengenali dirinya hinggakan ia melepaskan dirinya dengan berseronok dengan kemajuan diri dengan kejayaan yang melengkap dirinya yang digunakan sebagai senjata, tetapi senjatan itu adalah kemewahan dunia hinggakan meninggirkan hukum aturcara Allah swt mereka anggap menyusahkan ataupun terikat, mereka berani berkata 'kita bebas' Allah swt tidak dapat buat apa-apa untuk kita. akhirnya manusia hidup dalam kekosongan dan tanpa pedoman mereka berlakon sebagai penjaga siang dan penjaga malam tetapi mereka gagal menguasai diri secara totalnya. Akhirnya sukar memikirkan apa harus saya buat.....kematian itu sentiasa menjemput manusia...untuk pulang ke sana.

Manusia yang tinggi akalnya adalah manusia suka mengembara dan memikirkan apa yang memberi kebenaran dalam pengembaraannya. Sepertimana saya lakukan sebelum mengembara saya sentiasa membaca al-Quran dan al-Hadis, supaya pengembaraanku itu seiring dengan maksud yang ada didalam al-Quran dan al-hadis dan supaya nafsu keinginanku itu sentiasa terkawal bukan mengikut kehendak ketentuan diriku. inilah zaman pengembaraanku yang amat penting untuk merakam yang sebenar-benar berlakunya - antara langit dan bumi.
manusia itu amat penting disisi Allah swt kerana itu manusia adalah makhluk ciptaan yang terbaiknya boleh menghubungkan tiga hubungan iaitu hubungan dengan Allah swt, hubungan manusia dan hubungan alam. 

Manusia harus mengerti tentang 'diri dan hidup' harus digerakan jangan dilemahkan seperti malas berfikir, terenung tiada berkesudahan, suka mengkungkung diri, prasangka buruk. Manusia harus dijalankan hidupnya dengan aturcara yang dengan membuka pemikiran yang cintakan keindahan, suka memandang hidupan alam secara bersungguh-sungguh antara langit dan bumi dan mendekati masyarakat yang amat memerlukan(orang-orang miskin). inilah perjalanan manusia ibarat pantai dan ombak sering mengulang-ulangi gerakan kicakan hinggakan ia mengeluarkan satu suara cukup panjang dalam penciptaan Allah swt. 

Keluarlah dari rumahmu kerana mencari ilmu kerana Allah swt :
Menuntut ilmu adalah satu keharusan bagi kita kaum muslimin. Banyak sekali dalil yang menunjukkan keutamaan ilmu, para penuntut ilmu dan yang mengajarkannya.
Sebenarnya banyak ayat Al-Quran dan As-Sunnah yang memerintahkan kita agar menuntut ilmu dan kelebihan-kelebihan menuntut ilmu itu.

Maksud firman Allah s.w.t:
“Maka tanya oleh mu akan orang yang ahli zikri (orang yang alim) jikalau kamu tidak mengetahui”.
 
Maksud sabda Rasulullah s.w.w pula yang bermaksud :
“Sesungguhnya sesuatu bab daripada ilmu yang dipelajari oleh seorang lelaki terlebih baik baginya daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya”

Di samping itu terdapat juga hadis-hadis yang menceritakan tentang fadhilat-fadhilat menuntut ilmu itu yang menjadi lebih baik daripada ibadah kita (ibadah sunat) sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w ertinya :
“Demi Tuhan bahawa jika kamu pergi menuntut ilmu daripada sesuatu bab terlebih baik daripada kamu sembahyang seratus rakaat,”
Di samping itu, banyak hadis yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w tentang kematian bagi orang-orang yang sedang menuntut ilmu antaranya:
“Barangsiapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam Syurga kelak satu darjat dengan para nabi.”

Rasulullah s.a.w juga telah menggariskan beberapa peringkat kelebihan ilmu dengan sabda Baginda s.a.w,
“Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan.”
Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam menuntut ilmu ini, iaitu :
    1. Golongan yang sukar bertanya akan sesuatu ilmu
    2. Golongan pengajar atau orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajar kepada orang lain
    3. Golongan yang yang mendengar orang yang mengajar ilmu
    4. Golongan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu.
Jika kita teliti kepada kepentingan ilmu seperti yang telah dijelaskan di atas, maka seharusnya bagi kita sebagai “Ummah Terbaik” mengambil kesempatan yang berharga di dalam kehidupan ini untuk merancakkan lagi pemburuan ilmu itu. Maka menuntut ilmu itu tidak mengira usia sama ada seseorang itu muda atau tua, lelaki atau perempuan semua digalakkan menuntut ilmu.

Sikap yang positif dan keyakinan diri adalah faktor yang penting untuk mencapai sesuatu tujuan. Faktor ini tidak terpisah bagi sesiapa yang ingin memahami agama yang dicintai ini. Bahkan ketahuilah bahawa sesiapa yang berusaha dengan ikhlas untuk tujuan ini, maka Allah akan membimbingnya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
[al-Ankabut, ayat 69]

“Pimpinan” Allah boleh wujud dalam pelbagai bentuk, seperti dipertemukan dengan guru yang benar, ditunjuki kepada buku daripada penulis yang jujur, dipersahabatkan dengan orang-orang yang shalih, dibimbing kepada subjek-subjek yang mengikut tertib kepentingannya dan ditanam dalam dirinya akhlak yang mulia apabila berinteraksi dengan ilmu agama. Oleh itu janganlah merasa ragu-ragu atau rendah diri untuk berusaha memahami agama Islam. Yakinilah bahawa Allah akan memimpinnya selagi mana dia ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Siapa kita berhubung, siapa kita berkawan, memiliki pengaruh yang besar kepada perwatakan diri kita sendiri. Rasulullah pernah mengingatkan, maksudnya:

“Sesungguhnya perumpamaan teman yang shalih dan teman yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama ada ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (bau besi).”
 [Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2628].

Oleh itu sesiapa yang berusaha untuk memahami agama Islam hendaklah sentiasa berhubung dengan orang-orang yang perhubungannya sentiasa bersama ilmu. Mereka adalah orang-orang yang perhatiannya sentiasa kepada al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, usahanya sentiasa kepada mengkaji kitab-kitab peninggalan para ulama’ dan pemikirannya sentiasa ke arah memperbaiki keadaan umat Islam dan menjaga kemurnian agama Islam.
Di antara mereka ialah para alim ulama’ dan guru-guru, maka hendaklah memuliakan mereka, mendengar nasihat mereka dan mengikuti jejak langkah mereka. Seandainya mereka berbuat salah, hendaklah menasihati mereka secara sopan dan tersembunyi, tidak secara kasar dan terbuka kepada orang ramai. Di antara mereka adalah orang-orang yang dalam proses memahami agama Islam, maka hendaklah menjadikan mereka sebagai sahabat karib, selalu meluangkan masa berkongsi ilmu, bertukar-tukar pendapat dan saling menasihati.