Selasa, 28 Jun 2011

Satu Pengembaraan
Satu Catatan:
Dari seorang anak kampung mengembang diri di kampung ayer ke Sekolah Pekan Semporna ke Sekolah Menengah Abdullah ke kehidupan penganggur ke seorang petani ke seorang pemain sukan ke seorang suka mencatat pergi balik ke perpustakaan ke seorang pelajar kolej di Tawau dan menjadi pengembaraan ke seorang guru yang mengajar di Sekolah Pekan Lahad Datu I dan di Sekolah Menengah Bum-Bum ke seorang penyelidik ke seorang penulis ke dunia mencari ilmu falsafah ke 13 negeri di Malaysia menjadi pengembaraan menjadi 'Harapan dan cita-citaku.'
Dari lepa-lepa kunaiki ke daratan tanah besar pekan Semporna ke perjalanan dari Semporna ke simpang antara tiga iaitu Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu ke Gunung Kinabalu - Gunung tertinggi di Asia Terenggara ke Lautan China Selatan bersama hati dalam keseorangan diri ke negeri asing melihat riak wajah orang baru dan negeri baru ke hati yang gelisah dan takut terasing di bumi orang hanya satu ujian bagiku untuk meletakkan diri berada disisi Maha Penciptaan. 
      
Dari Airport Kota Kinabalu ke ruang langit terang bagaikan Burung Helang dilangit biru melintas ruang udara, dan awan, sambil melihat ciptaan Tuhan yang mekar di langit dengan ketinggian dari langit ke aras bumi iaitu 3000 km dari bumi ke pesawat yang saya naiki, berada didalam pesawat selama 4 jam terasa jauh diri meninggalkan tanah air demi meneruskan hasratku untuk mengembang diri melihat kelebihan diri di negeri orang sedangkan saya selalu terlihat kelemahan diri di tanah air bagaikan saya selalu terpinggirdi tanah sendiri. perginya saya dari kampung kelahiranku bukan susuk pilu iaitu kecewa kerana tiada tempat untuk mengembang diri akhirnya saya di Airport KLIA. Terasa hatiku sukar menguasai diri kerana terpisah jauh. Di Kuala Lumpur ke Selangor Putrajaya ke Johor ke Melaka ke Negeri Sembilan ke Perak ke Pahang ke Terengganu ke Kelantan ke Kedah dan ke Pulau Pinang.

Saya menulis: 'ketika ini, saya amat teruja dengan corak perjalanan hidupku, begitu jauh saya berada dirantau orang, kini hidupku mula kutemui, bila satu cerita akan pasti saya akan warkahkan kepada teman-temanku'




Tiada ulasan:

Catat Ulasan