Sabtu, 30 April 2011

Senja yang menanti menunggu usia 
Dari Penulis  
Sekiranya anda melihat gambar di sebelah, apakah yang anda akan fikirkan?... Pastinya anda akan rasa sedih, kasihan, malah terharu, serta macam-macam lagi perasaan yang menerpa hati sanubari anda setelah melihat gambar tersebut. Seorang nenek/bapa yang sudah berada di usia senja namun masih tabah serta gigih dalam meneruskan perjuangan hidup. Bebanan yang ditanggaung tidak setimpal dengan keadaan fizikalnya yang sudah dimamah usia. Dengan cuaca yang panas terik membakar kulit namun jiwanya masih kental dan tidak berputus asa. Cuba kita bandingkan dengan keadaan fizikal kita sekarang terutamanya yang masih muda remaja?... Nikmat kesihatan tubuh badan yang masih lagi dipinjamkan kepada kita belum ditarik balik oleh Allah SWT yang maha pengasih dan lagi maha penyayang. Seharusnya kita patut bersyukur dan memanfaatkan segala nikmat pemberianNya itu dengan sebaik-baiknya bagi melaksanakan segala tuntutanNya untuk keperluan duniawi serta ukhrawi. Beringat-ingatlah sebelum terlambat. Ingat lima perkara sebelum datang lima perkara. Sekian saja untuk kali ini~

Masa sihat sebelum Sakit
Kaya sebelum Miskin
Lapang sebelum Sibuk
Muda sebelum Tua
Hidup sebelum Mati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan