Isnin, 9 Mei 2011

Pengalaman Hidupku Bertemu Dengan Sasterawan Negara Dato' Dr A. Samad Said
Dari Penulis 
Pengalaman sukar saya lupakan bila saya bertemu penulis Sasterawan Negara yang cukup saya kagumi dalam dunia sastera dan penulisan. Pertemuan saya dengan A.Samad Said telah mengubah hasrat hatiku lebih mendalami dunia penulisan darinyalah saya banyak mendapat nasihat aturcara dunia penulisan darinya. Lalu ia berkata kepada saya,

…’Seandainya kamu adalah seorang perlu kamu tahu jalan yang luas yang kamu hadapan pasti kamu tahu arah pintu yang kamu tahu tentang jalan hidupmu yang pasti kamu rakamkanlah ia sebagai bahan catatan yang amat dalam maksudnya, jadi tidak semua manusia sekelilingmu pasti mengalahmu dalam hasrat kamu melakukan jalan ini seterusnya kecualilah mereka merasai diri kamu dalam catatan yang perlu kamu tinggalkan sebahagiannya untuk mereka walaupun sendikit catatannya, jangan kamu tinggalkan semuanya kecuali catatan yang ringkas sahaja yang mudah difahami……’   
 
Y.A.B. Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan Sasterawan Negara (SN) Datuk A. Samad Said sebagai personaliti Melayu yang unggul kera­na sentiasa berfikir dan berusaha menyampaikan pandangan dan fikiran yang bernas kepada anak bangsa melalui karyanya. Beliau harus men­jadi inspirasi dan suri teladan kepada penulis baharu kerana ideanya yang sentiasa subur dan kontemporari. Kehebatan beliau menggarap dan menghidupkan watak Salina dalam novelnya, Salina membolehkan karya beliau diangkat di peringkat antara­bangsa sebagai karya bermutu sehingga diterjemahkan dan diterbitkan ke dalam versi bahasa Inggeris.

Sementara itu, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dato' Dr. Firdaus Abdullah menyi­fatkan Datuk A. Samad Said sebagai kain cindai halus, meskipun terlipat sekecil kuku namun apabila nama-nya disebut, cerita tentang diri dan karyanya terlalu luas untuk diperka­takan. Namun begitu, berapa ramaikah yang membaca buku penulis tem­patan? Inilah persoalan yang dilon­tarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri ketika menyampaikan ucapan dalam majlis pelancaran buku A. Samad Said: Sebuah Antologi Puisi yang Menghimpunkan Karya-karya Selama Lebih Setengah Abad, terbitan Utusan Publishers and Distributors pada 20 Januari 2006 di Arkib Negara, baru-baru ini.

Di manakah silap­nya? Mengapakah tidak ramai orang kita yang tahu meni­lai dan menghargai hasil karya penulis tempatan, sedang-kan orang luar negara meman-dang tinggi terha­dap penulis kita, mengapa tidak kita? Lihat sajalah novel Salina kar-ya A. Samad Said pernah diter­bitkan dalam versi bahasa Ing-geris. Begitu juga novel lain seperti Ranjau Sepanjang Jalan dan Tunggul Gerigis hasil nukilan Datuk S h a h n o n A h m a d , Merpati Putih Terbang Jua karya Khatijah Hashim dan beberapa novel lain sudah diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain. Adakah karya penulis tempa­tan tidak sampai ke pengetahuan pembaca atau adakah amalan mem­baca itu belum lagi menjadi budaya masyarakat kita? Sehubungan itu, Y.A.B. Perdana Menteri menyeru supaya rakyat menghayati mesej yang digarap oleh karyawan tempatan seperti SN Datuk A. Samad Said. Beliau turut  men­cadangkan agar usaha memupuk minat masya-rakat menghayati dan menghargai karya sastera ditingkatkan. Antara cadangan beliau adalah mengan­jurkan program ulasan buku karya para Sasterawan Negara oleh tokoh-tokoh seperti Tan Sri Prof. Emeritus Ismail Hussein dan disiarkan melalui televisyen, agar menarik perhatian remaja. Di sinilah peranan media dalam membantu penulis tempatan mempromosikan karya mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan