Sabtu, 30 April 2011

Sebuah Kehidupan
Dari penulis 
Kehidupan ini sungguh luas,
perlu dicari,
perlu diisi dengan cinta, ilmu dan persahabatan,
antara Tuhan, alam dan manusia,
tiada pemisahan antaranya,
diri menjadi terang,
bila menyatukannya,

Kehidupan itu adalah akhlak,
perlu diisi dengan persahabatan,
bahasa, kaum, agama dan antara negara,
hidup dari kota kecil ke kota besar,
tiada tinggi dan tiada rendah,
semuanya sama kerana kehidupan,

Tanpa kehidupan wajah diri tidak kelihatan,
walaupun air tenang sering bertakung,
di lautan yang luas ini,
yang banyak membasahi seribu wajah manusia yang letih,
menyeberangi samudera,
sedangkan anak-anak laut masih belum berputus asa,
mengajak mengubah manusia memahami kehidupannya,

Semua edaran alam ini,
sentiasa beredar dan membawa erti,
dari setiap arah,
setiap arah itu sering membawa rahmat,
dalam mendekati kepada pencipta,
Tuhan sering menjemput hamba-Nya,
mendekati apa yang diutusnya di alam ini,
ketika risau dalam kegelapan mahupun dalam keterangan,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan