Khamis, 26 Mei 2011

Rahsia disebalik
Nama-nama Agung 
Dari Penulis
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Sebagai rakyat Malaysia, kita amat bersyukur dianggap Malaysia kerana mempunyai nama-nama perdana yang terikat singkatnya nama mereka dalam perkataan 'Rahman' nama ini adalah bapa Kemerdekaan Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam perkataan nama 'Rahman' dalam al-Quran 'Rahman' iaitu Maha Pemurah: salah satu daripada nama Allah SWT yang memberi pengertian bahawa Allah SWT melimpahkan karunianya kepada makhluknya.

Ramai tidak mengetahui ataupun sudah tahu perihal nama tersebut iaitu Nabi Adam AS. Nabi Adam AS merupakan manusia yang pertama manusia yang dinamakan oleh Allah SWT sebagai menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Segala kehidupan dunia dan segala kehidupan menerokai apa yang ada didalam muka bumi ini adalah kehidupan yang dianggap persinggahan dan rumah tumpang kepada manusia berilmu tetapi ia istimewa kepada manusia yang menganggap bumi adalah tempat kekal abadi. Namun, ramai tidak  memikirkan nama Nabi Adam AS sebenarnya banyak kaitannya dalam kehidupan manusia:
1. Manusia pertama merasai segala kehidupan yang mana lahir daripada syurga.
2. Manusia yang pertama mendapat perkara yang baik dan perkara yang tidak baik. 
3. Manusia pertama menerima hukum-hukum kehidupan yang telah disampaikan dari Allah SWT
4. Manusia diberi ilmu yang pertama di atas muka bumi.
5. Manusia pertama yang menerokai bumi.
6. Manusia mengenali ilmu dan kegunaan-Nya.

Pada umumnya istilah nama 'Adam' adalah huruf  pertama dalam mengenali ilmu iaitu huruf 'A' yang mana huruf ini dianggap istimewa disisi Allah SWT sendiri. Dari huruf A to Z adalah antara huruf digunakan dalam penggunaan nama pertama ciptaan Allah SWT adalah huruf 'A' dari huruf ini, Allah SWT memberikan kehidupan pertama  diatas alam ini. jika kita fikirkan perkataan 'Adam' itu adalah himpunan nama-nama rasul dan nabi. 

Peristilahan nama 'Adam' iaitu manusia pertama dan manusia yang terakhir iaitu Nabi Agung iaitu Nabi Muhammad SAW. Dalam sejarah hukum dan penciptaan ke atas sejarah manusia sudah pun dicatatkan oleh Allah SWT sebelum Nabi Adam AS, nama Nabi Muhammad SAW yang terletak dipengunjung nama Nabi Allah Adam adalah hakikat kepada hubungan Maha Pencipta dengan hubungan alam dan hubungan manusia serta alam sekeliling dalam semestar alam. dengan itu, kehidupan manusia sentiasa berkait dengan hukum-hukum Allah, hukum-hukum perwatakan alam dan hukum-hukum perwatakan manusia inilah manusia itu sebahagaian pada alam dan alam itu sebahagian pada manusia. Dan kehidupan manusia dan alam itu adalah disatukan melalui ilmu. Dalam ilmu itu ia akan membentuk manusia ke arah yang berbeza-beza kedudukan darisegi kemahuan, kehendak, keinginan dan penghayatan tentang diri manusia itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan